Siapa Kami

Platform ini menggunakan kaedah rakaman video dan informasi secara real-time yang membolehkan pelajar mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran digital (PdPD) pada bila-bila masa serta lebih fleksibel dalam memilih waktu belajar dan mengulangi topik bagi tujuan meningkatkan kefahaman dan ulangkaji. Ini juga bagi memastikan pelajar dapat mengikuti PdP walaupun ketika krisis melanda seperti COVID-19.

RC TVET yang dibangunkan bukan sahaja untuk pendigitalan modul atau silibus malahan platform ini juga menyediakan format pendigitalan modul bagi memastikan video atau dokumen yang dimuat naik memenuhi kriteria Code of Practise for Tvet Programme Accreditation (COPTPA) yang digariskan oleh badan akreditasi MQA dan JPK. Ini memudahkan pihak institusi dalam penyediaan laporan kepada badan pemantau apabila mereka mampu untuk mematuhi keperluan modul atau silibus dan dapat memantau perkembangan semasa modul dan silibus dalam kalangan pelajar.

Ciri-ciri platorm RC TVET yang dilengkapi dengan fungsi kuiz atau ujian atas talian, fungsi pengesahan kehadiran dan dashboard khas bagi memantau tahap kemajuan pelajar secara real-time dapat membantu pihak institusi TVET memperoleh LMS yang bersesuaian dengan penjimatan tanpa perlu membangunkan sistem dan latihan sendiri.

Kini, RC TVET ditawarkan secara percuma selama setahun kepada institusi TVET bagi mempromosikan pendigitalan pembelajaran dan pengajaran serta mengangkat martabat pendidikan TVET di Malaysia. Hubungi kami untuk perbincangan lanjut di tvet@ruangcikgu.com.


Platform Latihan TVET Melalui E-Pembelajaran Dan Virtual Learning